Pelawaan Untuk Memohon Pinjaman Pelajaran Sesi 2016

张 明 添 基 金
YAYASAN CHANG MING THIEN
(No. Syarikat 196840-U)

 

PELAWAAN UNTUK MEMOHON PINJAMAN PELAJARAN

Permohonan pinjaman pelajaran adalah dipelawa untuk pertimbangan oleh Yayasan Chang Ming Thien

 


Kelayakan
1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.


2. Pemohon mestilah telah menerima tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam atau Yayasan untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan ke atas yang ditetapkan oleh Yayasan; dan


3. Permohonan mestilah disertakan dengan dokumen yang berkaitan termasuk bukti kesulitan kewangan.


Permohonan
1. Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan yang ditetapkan oleh Yayasan serta mengikuti peraturan-peraturan pinjaman pelajaran Yayasan. Borang dan prosedur permohonan boleh didapati daripada pejabat urusetia Yayasan di Tingkat 9, Wisma MCA, 163 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur. Tel : 03-2161 6517 Fax : 03-2164 4227, Email : doris@kojadi.com.my atau muat turun dari laman web www.cmtf.org.my


2. Borang permohonan yang lengkap mestilah dikemukakan kepada Lembaga Yayasan bersama dengan dokumen yang berkaitan sebelum 26 OGOS 2016.


Lembaga Pemegang Amanah
Yayasan Chang Ming Thien
1HB OGOS 2016